Kenali Hypertension: Ia Boleh Menjadi Pembunuh
Saturday, January 2, 2010eKesihatan
0 Comments
Hypertension atau sering di sebut sebagai tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit 'senyap' yang terbanyak. Penyakit ini dapat dihidapi oleh pelbagai orang dari pelbagai tingkat umur dan akan memberikan kesan jangka panjang terhadap sistem-sistem lain di dalam tubuh.
Banyak tumpuan diberikan kepada penyakit ini kerana penyakit ini dapat memberikan kesan kepada jantung yang merupakan salah satu organ yang penting di dalam tubuh. Akhirnya, ia dapat menyebabkan stroke, serangan jantung, dan juga coronary artery disease.
Tekanan darah di kira dengan menentukan tekanan darah ketika jantung berdetak (systole) dan juga tekanan darah ketika jantung berelaksasi (diastole). Maka setiap tekanan darah itu akan ditulis sebagai 110(systole)/90(diastole). Tekanan darah yang normal adalah sekitar 120/80mmHg. Secara kasarnya, seseorang dikatakan mempunyai tekanan darah yang tinggi apabila melebihi 140/90mmHg, dan tekanan darah rendah apabila kurang daripada 90/60mmHg.
Dapatkah tekanan darah tinggi menyebabkan kerosakan kepada tubuh badan kita? Jawapannya tentulah ya! Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang tinggi dan ianya tidak diubati, ini dapat memberikan beban yang berat terhadap jantung anda. Lama kelamaan, beban ini menjadi semakin teruk dan jantung mula menunjukkan beberapa perubahan. Salah satu daripadanya adalah penebalan dinding jantung yang akan menyebabkan beberapa abnormaliti lain yang seterusnya akan memberikan kesan ke otak dan menyebabkan kerosakan otak, ke mata yang boleh menyebabkan mata buta, dan juga ke buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kerosakan.
Siapakah yang berisiko untuk memdapat tekanan darah tinggi? Golongan yang berisiko terdiri daripada golongan yang berumur 20 tahun ke atas. Ia lebih sering ditemukan di kalangan lelaki dan golongan yang bekerjaya. Selain itu, pengguna pil perancang keluarga (birth control pills) juga berisiko mendapat tekanan darah tinggi.
Walaubagaimanapun, penyakit ini dapat dihindari. Selalulah memeriksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya dua kali setahun. Amalkan cara hidup yang sihat dengan diet yang seimbang dan lakukan senaman yang secukupnya. Sekiranya anda mempunyai hypertension, makanlah ubat mengikut arahan doktor.
Labels:
Kesihatan Jantung,
Kesihatan Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

