Bayi Sihat Dengan Susu Ibu

Sunday, November 1, 2009
eKesihatan

Setelah melahirkan, air susu yang keluar mengandungi kolostrum. Kolostrum sangat bagus untuk bayi yang baru dilahirkan dan mengandungi lemak, protein, dan laktose yang mencukupi untuk mereka.

Para doktor mengesyorkan supaya bayi yang baru lahir disusui dengan air susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan. Dan adalah lebih baik lagi sekiranya, ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 2 tahun.

Air susu ibu mengandungi kandungan zat makanan yang mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi lebih protein dan kurang lemak berbanding dengan susu formula. Selain itu, air susu ibu juga mengandungi IgA dan vitamin E yang berperanan penting untuk memelihara bayi daripada jangkitan penyakit. Kandungan sel darah putih yang tinggi juga dapat mengelakkan jangkitan. Kandungan hormon pertumbuhan di dalam air susu ibu dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut.

Dapat dikatakan bahawa menyusukan bayi dengan air susu ibu dapat menjalin hubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang baru lahir itu.

OLEH: wwwMD

0 comments: