Kenali Hypertension: Ia Boleh Menjadi Pembunuh
Saturday, January 2, 2010Bayi Sihat Dengan Susu Ibu
Sunday, November 1, 2009Setelah melahirkan, air susu yang keluar mengandungi kolostrum. Kolostrum sangat bagus untuk bayi yang baru dilahirkan dan mengandungi lemak, protein, dan laktose yang mencukupi untuk mereka.
Para doktor mengesyorkan supaya bayi yang baru lahir disusui dengan air susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan. Dan adalah lebih baik lagi sekiranya, ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 2 tahun.
Air susu ibu mengandungi kandungan zat makanan yang mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi lebih protein dan kurang lemak berbanding dengan susu formula. Selain itu, air susu ibu juga mengandungi IgA dan vitamin E yang berperanan penting untuk memelihara bayi daripada jangkitan penyakit. Kandungan sel darah putih yang tinggi juga dapat mengelakkan jangkitan. Kandungan hormon pertumbuhan di dalam air susu ibu dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut.
Dapat dikatakan bahawa menyusukan bayi dengan air susu ibu dapat menjalin hubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang baru lahir itu.
OLEH: wwwMD
Sikap = Tahap Kesihatan
Saturday, October 31, 2009Benarkah sikap kita mencerminkan tahap kesihatan kita? Menurut Blum, memang benar bahawa sikap kita mencerminkan tahap kesihatan kita. Daripada teori tahap kesihatan yang dibuat oleh Blum, tahap kesihatan seseorang dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu: tingkah laku/sikap (behaviour), keadaan sekeliling (environment), genetik, layanan medik (medical services).
Sebagai contoh, penyakit batuk kering (TB/tuberculosis). Penyakit ini amat dipengaruhi dengan behaviour seharian kita. Untuk memudahkan keadaan, mari kita sama-sama mengenali penyakit ini secara ringkas.
Penyakit tuberculosis ini merupakan satu penyakit yang berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ia dapat ditularkan melalui saluran pernafasan. Droplet yang tersembur daripada air liur sewaktu penghidap penyakit ini batuk dapat menjangkiti orang lain yang menyedutnya. Faktor keadaan di rumah yang padat serta kurangnya cahaya matahari merupakan faktor yang menggalakkan penyebaran penyakit ini.
Jadi, bagaimana perilaku kita dapat mencerminkan tahap kesihatan kita? Dalam konteks penyakit tuberculosis ini, sikap yang suka meludah merata-rata memainkan peranan penting untuk menyebarkan penyakit ini. Selain itu, kebiasaan kita membersihkan rumah juga memainkan peranan penting. Jika kita rajin membuka tingkap dan membernarkan cahaya UV daripada matahari masuk menerangi rumah, bakteria penyebab tuberculosis dapat dibunuh. Sikap kita batuk tanpa menutup mulut dan tidak membasuh tangan dengan air bersih dan sabun juga memainkan peranan dalam penjangkitan penyakit ini.
Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengubah sikap kita yang masih tidak sesuai atau kurang baik untuk menjamin kesihatan yang baik untuk diri kita dan orang di sekeliling kita.
OLEH: wwwMD

